Wednesday 5 September 2012

Seronoknya jadi dia....

bismillah..
 some of us mesti terpikir nak jadi orang lain yang bukan diri kita sebenar macam aku haha. tapi kenapa kita mesti terpikir macam tu? kenapa mesti kena jadi orang baru kehidupan kita bahagia?
aku rasa itu pemikiran yang salah walaupun kekadang tu ada juga aku pikir macam tu apelah macam budak-budak. orang yang berpikiran macam tu sebenarnya nak lari dari masalah, lagi satu mungkin kita ade perasaan jeles sebab tengok diaorang berjaya

kisah kejayaan mereka dipaparkan kita merasakan woa bestnya jadi dia but better watch out what you wish for sebelum berjaya, diorang pun ade masalah jugak, macam2 halang nak sampai puncak tertinggi, so nak berjaya kena usaha aku banyak baca tentang orang2 yang dah berjaya ni contoh macam robert kiyosaki, bill gates etc macam2 masalah diaorng tempuh kok

best part is be yourself tak perlu nak jadi orang lain entah2 masalah diaorang lagi teruk daripada kita
aku masih ingat lagi omputih ni joey mcintyre 'stay the same' part chorus:

don't you ever wish you were someone else,
you were meant to the way you are exactly,
don't you ever say you don't like the way you are.
when you learn to love yourself, you're better off by far.
and i hope you always stay the same,
cuz there's nothin' bout you I woul change.

so teruskan usaha be yourself and apa yang kita cita2 kan dalam hidup ni aja2 figthing
kalau apa yang kita nak tak dapat
just remember

ALLAH NOT SAY 'NO'
BUT 'NOT YET'
BELIEVE ON HIM THE MIRACLE WILL COMES SOONER....:)

Tuesday 31 July 2012

addicted:)

 aku sebenarnya addicted sangat-sangat tengok tv what a bad habit tapi takde la teruk sangat macam ambil benda terlarang cuma bil letrik rumah aku akan melambung la..tambah-tambah lagi tengah cuti sekarang ni sebulan lebih wo banyak masa aku terluang dengan menengok tv rasa nak masuk dalam tv pun ada.hehe sengetla aku ni. bosan-bosan tak de kerja nak buat haha nipu la takde kerja nak buat padahal boleh sangat tolong omak ko berniaga tapi apa kan daya penyakit malas datang menyerang memang tak dapat la nak menolong:)

Thursday 5 July 2012

Nak kurus, nak sihat yang mana satu??

bismillah. kalau aku pilih keduanya sekali, kurus pun penting sihat lagi lah penting yelah bila kita sihat senang lah kita nak kerja pape pun terutama sekali dalam beribadat. tapi setengah orang daripada kita berfikir bahawasanya 'tak payah nak kurus sangat la buat apa rugi je makanan tu tak makan' hmm jangan berfikiran cetek sangat macam tu my friends kurus + sihat sangat la penting kesihatan perlu dijaga supaya tak melarat diusia tua, time muda-mudi ni la kena jaga kesihatan kalau tak jaga banyaklah consequences nya pandai-pandai fikir sendiri ye. Bagi siapa yang nak jaga body tu mesti banyak halangan kan macam aku hehehe yelah dapat kawan yang kuat makan so aku jadi terikut tp kawan aku ni tetap maintain tak macam aku ni makin hari makin debab adalah. tapi tak boleh nak salahkan orang lain salah diri sendiri yang hang pi ikut orang tu kenapa.bhahaha
here some tips yang boleh tolong sikit-sikit nak turun badan:

a) first sekali kena ada target nak turun berapa kilo
b) pastu cari kawan nak kurus + sihat ada kawan ni lagi bagus ye sama-sama boleh motivate
c) kalau ada kawan yang kurus ajak makan bukan pada waktunya please say no biarlah diaorang nak kata   apa pun diaorang tak pernah merasa jadi gemuk
d) makan dalam kuantiti yang sikit ikut sunnah nabi
e) banyakkan sayur-sayuran dan buah
f) pastu minum air banyak-banyak 1-2 liter sehari boleh mempercepatkan untuk turun berat badan

              selamat mencuba ye mari meramaikan rakyat malaysia untuk sihat(^.^)

Tuesday 3 July 2012

WOrds ToDay:
                 
    "For things to change, we have to change. For things to get better, we have to get better" -Jim Rohn-

Monday 2 July 2012

            ^akhirnyaaaaa^

fuhhhhh lega selepas beberapa hari aku berpulun nak jawab exam 3 paper plak tu terasa nyawa dihujung tanduk hahaha tapi akhirnya aku hepi sekejap he. sebab diberikan cuti or gap selama seminggu boleh relax2 my mind banyak2 bhahaha malas lagi nak pegang buku hish tension now tengah tengok cite korea bridal mask online hero nye boleh tahan.hehehe. credit to http://www.epdrama.com/ tengs yeah!

Saturday 23 June 2012



            tersangatlah tertekan..hahaha


mood: sangat-sangat tertekan
sebab: final exam nak dekat, study tak habis lagi:(
solution: senang je usaha, doa dan tawakal insyallah(dengan izin ALLAH pasti boleh)


                                                                  -jadual exam saya-

p/s: all the best bagi siapa nak jawab exam tu ya(^-^)

Thursday 21 June 2012

                                                         
                                                       ^cakap mesti selari dengan action^


oklah straight to the point manusia ni suka bercakap kalau tak cakap dalam sehari memang tak sah ada je benda nak cakap. tapi ada kita fikir tak apa yang kita cakap ni membawa kepada faedah dalam diri kita?? apatah lagi pada orang lain ada tak?? iya lah mengumpat sana mengata sini. paling best lagi apa yang aku perhatikan manusia ni termasuklah aku diri sendiri cakap tak serupa bikin. kata nak buat itulah, inilah dan macam-macam lah tapi action pula tak nampak macam lah aku ni:)..bhahaha dalam hidup kita action tu penting, kalau tak buat action sampai bila-bila kita duduk tempat yang sama je. so now moving forward ya.

ha another thing kalau kita ni cakap kita ni baik, humble or apa-apa je lah yang korang puji pasal korang, apa yang anda cakap tu kena tunjukkanlah betul-betul yang korang ni bagus tak kira lah depan or belakang orang. tapi setengah orang tu cakap je depan-depan tapi kat belakang tak humble pun makin teruk adalah, so kita manusia ni jangan cakap lebih-lebih sangat, jangan terlampau memuji diri sendiri orang lain pun naik menyampah dengar dan jangan terlampau menerima pujian sebab pujian-pujian ni boleh buat kita bangga diri dan akhirnya anda boleh lupa diri..cubalah buat kalau tak percaya

p/s: lebih baik kita ucap kata-kata pujian ke atas ALLAH dan NABI MUHAMMAD kita dapat juga pahala:) have a nice day!!

Wednesday 20 June 2012

minggu penuh serabut:)


this week kepala aku memang serabut dengan assignment and test haha ya allah permudahkanlah urusanku ni. start hari
isnin - test
selasa presentation and test,
rabu test listening arab, arab tuuuu sampai panjang leher aku tengok kawan punya jawapan haha. dan esok khamis hari terakhir aku 2 test 2 presentation
kelas full esok dari pukul 8pg sampai lahhhhhh 4ptg nonstop no rest gila lah.dahla tu assignment tak siap lagi and sempat lagi aku buka blog nie.haha

Sunday 17 June 2012

ehem..testing2. 1,2,3. hari ni aku nak cerita pasal 'selfish' atau dalam bahasa melayu nya penting diri sendiri. orang yang selfish ni selalu memang tak memperdulikan orang lain lantak lah orang tu nak buat apa pun asalkan orang tu tak kacau dia yang tu dari pandangan aku la tapi yang pasti manusia tu memang pentingkan diri sendiri.huhu.kita ni hidup bermasyarakat ni tak boleh nak selfish sangat. nak selfish pun biarlah bertempat contohnya in campus life ada group assignment kita kena pentingkan group kita dari diri sendiri untuk dapat markah yang tinggi. lagi satu kalau kita tak nak dijadikan mangsa umpatan orang lain so aku nak nasihatkan and aku sendiri jangan la selfish ye lebih-lebih lagi group assignment ni melibatkan manusia so apabila melibatkan bekerja dengan manusia ni complicated sikit kalau tersalah langkah bakal dijadikan bahan umpatan dan dibenci oleh orang lain:)mintak kita dijauhkan berperangai macam tu..Insyallah.amin

Saturday 16 June 2012

ya ALLAH kenapa dengan manusia ni, diaorang fikir kita akan buat benda sama seperti diaorang buat ke?.manusia dicipta dengan perangai yang berbeza-beza, rupa pun lagi lah tak sama. kalau semua sama makna nya dunia ni tak warna-warni macam cerita dulukala semua nya hitam putih. cuba korang fikir balik, hish ada juga orang macam.now baru aku faham:(

Friday 15 June 2012

                                               
                                                    sabar..sabar..sabar dan sabar...

Wednesday 13 June 2012

hello my dear my blog..ehem hari isnin 11/6 aku and classmate kena bagi pamphlet kat stranger at tecso kota bahru pasal 10 tips smart buying decision.terpaksa lah buat sebab related dengan my course subject and ade markah and sebagai bukti we have complete the task kitaorang kena ambil gambar..fuhh macam-macam ragam kot manusia ni diaorang ingat we all ni nak menjual padahal kitaorang nak bagitau information susah such a typical Malaysian susah nak bagi kerjasama.  
but here some picture I want show with my classmate...:)


bagi information kat orang end up kitaorang yang membeli:)


this is my classmate..

                                                                       
                                        on the way nak pergi tesco sempat bergambar peace yo!  



all ladies except one kumbang..hehe



Tuesday 12 June 2012

ToDay QUote: 
                 EVERy CLoud have SiLVer LiNing
alamak aku hampir terlupa malam ni ade quiz online arab.jeng2 haha dan esok ade ujian menulis arab.. masyallah arab tu beb. aku memang pandailah pasal arab nie hahaha..dan esok pun ada presentation all in one tomorrow memang cukup lengkap dan terbaik..tak lupa pula next week lagi menarik nanti aku post ye..haha

Monday 11 June 2012

malam nie Do or Die aku kena siapkan assignment aku nie tak kira lah ko demam ke tak, esok ade present ke, kena tidur lewat ke, malam nie kena buat juga in no matter what.come on la fatihah, wake up!!! due date tak lama dah nie jangan manja sangat fatihah oiiiiiiiiiii.

Sunday 10 June 2012

arrgggghhhhhhhh!!! tension nya aku, dan sangat tak tahan dengan resdung ni asyik bersin je tak berhenti, makan ubat tak jalan,tidur pun tak jalan juga aku dah tak tahu nak buat macam mana dah. memang aku tak tahan dah ni nak buat kerja pun susah mana tak nya asyik bersin je tak berhenti dengan gatal kat mata memang parah dah tu..aisehmen, ok2 aku nak bagitahu kenapa terjadinya resdung salah satu sebabnya disebabkan oleh makanan yang kita makan macam orang puteh kata you are what you eat.
Makan makanan yang tak seimbang dan tak berzat memang akan mengundang masalah dari kecil-kecil resdung boleh jadi besar macam sakit jantung. so from now onward kita perlu jaga tubuh badan kita  jangan sampai nampak elok kat luar tapi hampeh kat dalam iyuck that suck! especially for young people macam aku ni aku right now dalam proses untuk membaiki diri dari tak sihat menjadi semakin sihat..Jom SIHAT bersama..yiiiihaaaaaaaa.....

Thursday 7 June 2012

bismillah..ya ALLAH permudahkan lah segala urusan aku hari ini.. 3 minggu nak exam terlalu banyak ASSIGNMENT dan TEST.hmm ya ALLAH macam-macam dugaan membuatkan aku pening tak tahu yang mana satu aku kena buat, dan juga buat aku bertambah letih dan tak bermaya. salah satu faktornya buat aku letih sebab lemak terlampau banyak kat badan aku.hehehe memang terbukti pun try kita tengok orang yang banyak lemak keadaan mereka macam mana. aku kena turunkan berat badan untuk dapatkan energy macam rakan-rakan ku yang kurus lain..hahaha walaubagaimana pun terserah pada ALLAH yang menentukan semoga ALLAH permudahkan urusan aku hari ini dan seterusnya..:P
For first timer ni tak tahu nak tulis apa kat blog ni tapi apa-apa pun aku kena ready untuk menaip pula hehe.. aku buat blog ni hanya nak meluah isi hati ni...segala jatuh, bangun aku akan aku luah kat sini...happy sangat dapat buat blog hahaha..macam dapat hadiah harijadi la pula..hahaha...apa la aku ni macam-macam, pelik daripada orang.