Wednesday 5 September 2012

Seronoknya jadi dia....

bismillah..
 some of us mesti terpikir nak jadi orang lain yang bukan diri kita sebenar macam aku haha. tapi kenapa kita mesti terpikir macam tu? kenapa mesti kena jadi orang baru kehidupan kita bahagia?
aku rasa itu pemikiran yang salah walaupun kekadang tu ada juga aku pikir macam tu apelah macam budak-budak. orang yang berpikiran macam tu sebenarnya nak lari dari masalah, lagi satu mungkin kita ade perasaan jeles sebab tengok diaorang berjaya

kisah kejayaan mereka dipaparkan kita merasakan woa bestnya jadi dia but better watch out what you wish for sebelum berjaya, diorang pun ade masalah jugak, macam2 halang nak sampai puncak tertinggi, so nak berjaya kena usaha aku banyak baca tentang orang2 yang dah berjaya ni contoh macam robert kiyosaki, bill gates etc macam2 masalah diaorng tempuh kok

best part is be yourself tak perlu nak jadi orang lain entah2 masalah diaorang lagi teruk daripada kita
aku masih ingat lagi omputih ni joey mcintyre 'stay the same' part chorus:

don't you ever wish you were someone else,
you were meant to the way you are exactly,
don't you ever say you don't like the way you are.
when you learn to love yourself, you're better off by far.
and i hope you always stay the same,
cuz there's nothin' bout you I woul change.

so teruskan usaha be yourself and apa yang kita cita2 kan dalam hidup ni aja2 figthing
kalau apa yang kita nak tak dapat
just remember

ALLAH NOT SAY 'NO'
BUT 'NOT YET'
BELIEVE ON HIM THE MIRACLE WILL COMES SOONER....:)

Tuesday 31 July 2012

addicted:)

 aku sebenarnya addicted sangat-sangat tengok tv what a bad habit tapi takde la teruk sangat macam ambil benda terlarang cuma bil letrik rumah aku akan melambung la..tambah-tambah lagi tengah cuti sekarang ni sebulan lebih wo banyak masa aku terluang dengan menengok tv rasa nak masuk dalam tv pun ada.hehe sengetla aku ni. bosan-bosan tak de kerja nak buat haha nipu la takde kerja nak buat padahal boleh sangat tolong omak ko berniaga tapi apa kan daya penyakit malas datang menyerang memang tak dapat la nak menolong:)

Thursday 5 July 2012

Nak kurus, nak sihat yang mana satu??

bismillah. kalau aku pilih keduanya sekali, kurus pun penting sihat lagi lah penting yelah bila kita sihat senang lah kita nak kerja pape pun terutama sekali dalam beribadat. tapi setengah orang daripada kita berfikir bahawasanya 'tak payah nak kurus sangat la buat apa rugi je makanan tu tak makan' hmm jangan berfikiran cetek sangat macam tu my friends kurus + sihat sangat la penting kesihatan perlu dijaga supaya tak melarat diusia tua, time muda-mudi ni la kena jaga kesihatan kalau tak jaga banyaklah consequences nya pandai-pandai fikir sendiri ye. Bagi siapa yang nak jaga body tu mesti banyak halangan kan macam aku hehehe yelah dapat kawan yang kuat makan so aku jadi terikut tp kawan aku ni tetap maintain tak macam aku ni makin hari makin debab adalah. tapi tak boleh nak salahkan orang lain salah diri sendiri yang hang pi ikut orang tu kenapa.bhahaha
here some tips yang boleh tolong sikit-sikit nak turun badan:

a) first sekali kena ada target nak turun berapa kilo
b) pastu cari kawan nak kurus + sihat ada kawan ni lagi bagus ye sama-sama boleh motivate
c) kalau ada kawan yang kurus ajak makan bukan pada waktunya please say no biarlah diaorang nak kata   apa pun diaorang tak pernah merasa jadi gemuk
d) makan dalam kuantiti yang sikit ikut sunnah nabi
e) banyakkan sayur-sayuran dan buah
f) pastu minum air banyak-banyak 1-2 liter sehari boleh mempercepatkan untuk turun berat badan

              selamat mencuba ye mari meramaikan rakyat malaysia untuk sihat(^.^)

Tuesday 3 July 2012

WOrds ToDay:
                 
    "For things to change, we have to change. For things to get better, we have to get better" -Jim Rohn-

Monday 2 July 2012

            ^akhirnyaaaaa^

fuhhhhh lega selepas beberapa hari aku berpulun nak jawab exam 3 paper plak tu terasa nyawa dihujung tanduk hahaha tapi akhirnya aku hepi sekejap he. sebab diberikan cuti or gap selama seminggu boleh relax2 my mind banyak2 bhahaha malas lagi nak pegang buku hish tension now tengah tengok cite korea bridal mask online hero nye boleh tahan.hehehe. credit to http://www.epdrama.com/ tengs yeah!

Saturday 23 June 2012



            tersangatlah tertekan..hahaha


mood: sangat-sangat tertekan
sebab: final exam nak dekat, study tak habis lagi:(
solution: senang je usaha, doa dan tawakal insyallah(dengan izin ALLAH pasti boleh)


                                                                  -jadual exam saya-

p/s: all the best bagi siapa nak jawab exam tu ya(^-^)

Thursday 21 June 2012

                                                         
                                                       ^cakap mesti selari dengan action^


oklah straight to the point manusia ni suka bercakap kalau tak cakap dalam sehari memang tak sah ada je benda nak cakap. tapi ada kita fikir tak apa yang kita cakap ni membawa kepada faedah dalam diri kita?? apatah lagi pada orang lain ada tak?? iya lah mengumpat sana mengata sini. paling best lagi apa yang aku perhatikan manusia ni termasuklah aku diri sendiri cakap tak serupa bikin. kata nak buat itulah, inilah dan macam-macam lah tapi action pula tak nampak macam lah aku ni:)..bhahaha dalam hidup kita action tu penting, kalau tak buat action sampai bila-bila kita duduk tempat yang sama je. so now moving forward ya.

ha another thing kalau kita ni cakap kita ni baik, humble or apa-apa je lah yang korang puji pasal korang, apa yang anda cakap tu kena tunjukkanlah betul-betul yang korang ni bagus tak kira lah depan or belakang orang. tapi setengah orang tu cakap je depan-depan tapi kat belakang tak humble pun makin teruk adalah, so kita manusia ni jangan cakap lebih-lebih sangat, jangan terlampau memuji diri sendiri orang lain pun naik menyampah dengar dan jangan terlampau menerima pujian sebab pujian-pujian ni boleh buat kita bangga diri dan akhirnya anda boleh lupa diri..cubalah buat kalau tak percaya

p/s: lebih baik kita ucap kata-kata pujian ke atas ALLAH dan NABI MUHAMMAD kita dapat juga pahala:) have a nice day!!